Wednesday, July 13, 2011

apple muffins!!! =)

hi korang!!!
i nak share resepi apple muffin pulak...actually i dapat resepi ni daripada miss mirror...nama dia "kek epal blended" tapi i ubah sikit bahan-bahan,i masukkan dalam mangkuk kertas macam cupcake tu dan letak topping...then,i namakan dia muffin sebab macam muffin je...suka-suka je kan...hehehe...okay,ini bahan-bahannya :-

BAHAN A

3 biji epal merah yang saiz biasa (bukan epal fuji)
-buang kulit dan potong dadu

3 biji telur

1 cawan minyak masak

1 sudu kecil esen strawberi/vanila

1 1/2 cawan gula halus


BAHAN B

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar baking powder


cara-cara nak buat muffin ni...

1. panaskan oven (suhu : 170c)
2. ayak bahan B. masukkan dalam mangkuk.
3. masukkan bahan A dalam blender dan kisar sampai sebati.
4. campurkan bahan A yang dah dikisar tadi ke dalam bahan B.gaul sebati.
5. masukkan dalam mangkuk kertas...kalau ikut adunan ni dapat 11 biji...

6. bakar selama 30 minit...

ini yang dah siap bakar...baru keluar oven ni...


dan ini yang da siap letak topping...i just letak ganache dan hias dengan chocolate rice yang colourful tu je...

resepi ganache macam biasa,boleh tengok kat sini...
itu saja..senang je kan...kalau korang nak buat macam kek tu, kena bakar lama sikit lah...dalam 45-50 minit...dan tambah sikit gula dalam 1/4 cawan lagi...sebab muffin yang i buat ni bila makan dengan ganache tu pun dah manis... so, selamat mencuba! =)_
bye!

6 comments:

  1. wahhh.. sedap.. boley buka kedai kek la awk ni :)

    ReplyDelete
  2. sara : thanks...kedai kek???belum layak lagi kot...hehehe...

    ReplyDelete
  3. hazirah : hehe...nak rasa???mari datang rumah... =)

    ReplyDelete
  4. Wah! Pandai adik akak, dah jd muffin plak ye. Thanks sudi mencuba. Tak manis sgt kan bila dah kurangkan gula tu, lagipun epal tu u dah tambah kpd 3..mesti lg sedap. Akak punya aritu termanis. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Miss mirror : hehehe...tu lar...saja letak lebih epal tu sebab biar rasa epal lebih...hehehe...tak manis, bila makan dengan ganache,jadi just nice! thanks for sharing the recipes... =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...