Tuesday, June 7, 2011

puding milo kukus...

hi korang!!!
ni resepi yang baru i cuba...macam biasalah i jalan-jalan tengok resepi kat internet...yang mana berkenan di hati dan senang nak buat tu, i try lah...sama macam oreo cheese cake tu...senang je...resepi ni i tengok dekat blog kak dayang...

ini dia bahan-bahan yang diperlukan...
-1 cawan milo
-1 cawan susu segar
-1/2 cawan gula perang (boleh tambah lagi ikut citarasa)
-2 biji telur A
-1 sudu kecil esen vanilla

dan cara-cara membuatnya....
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan bekas tahan panas untuk puding.
2. Jika nak buat satu bekas, sapukan sedikit mentega.
3. Kisar semua bahan di atas KECUALI telur hingga sebati. Ketepikan.
4. Dalam bekas yang lain, pukul atau kacau telur perlahan-lahan tetapi jangan sampai berbuih.
5. Satukan telur dengan bahan yang dikisar tadi. Kacau sebati. Kemudian tapiskan.
6. Tuangkan ke dalam bekas tahan panas. Tutupkan dengan kertas foil/aluminium.
7. Kemudian kukuslah selama lebih kurang 30-40 minit.
8. Setelah masak, biarkan ia sejuk terlebih dahulu.
***Kalau suka serbuk kulit kayu manis, bolehlah bubuh sikit dalam adunan.

oh ye,resepi ni untuk 2-3 orang makan je,kalau nak buat banyak,double or triple kan bahan-bahan tu okay...

ini hasil dari kak dayang...cantik kan...



yang ini hasil tangan i...


tak ada lah cantik macam kak dayang buat sebab i yang nak makan sorang...hahaha...rasa dia sedap tapi kesat-kesat sikit may be sebab i terlupa nak tapis...hihihi...disebabkan semua bahan ada kat rumah...apa lagi...try lah...my mum cakap,habislah milo ibu...hehehe...sabar ye,anak perempuan ibu sorang aje...tak kan habis milo tu...kalau ada 5 orang anak perempuan barulah habis...hehehe....ok,tu je nak share...bye!

5 comments:

  1. salam nadia,
    trm ksh byk2 atas kesudian mencube resepi puding ni. hrp2 jgn serik yer. :)

    ReplyDelete
  2. azmira yusof : boleh je...meh datang rumah... =)
    dj dayang : wslm kak...tak serik pun...sedap...practice make perfect...betul tak...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...