Thursday, June 23, 2011

mango smoothies!!!

hi korang!!!
smoothies ni ada kawan i request suruh i share...smoothies ni i ada buat masa celebrate father's day hari tu...so,apa yang kita perlukan???

3 biji mangga
200 ml susu segar
150 ml plain yogurt
5 sudu besar gula
200 ml air

cara-cara nak buat smoothies ni...

1. potong dadu mangga dan frozenkan selama 2 jam
2. masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mixer/blender sampai jadi smoothie.
3. tuang dalam gelas dan korang boleh hias dengan coklat chip or lebihan mangga tadi...ikut kreativiti....

senangkan???semudah 1,2,3! hehehe...
kat bawah ni mango smoothies yang i buat...

actually,korang boleh adjust bahan-bahan dia contohnya kandungan gula,air dan sebagainya...kalau nak manis,tambah gula lagi...kalau mangga tu manis,tak payah letak gula pun tak apa...

and korang juga boleh tukar kepada buah-buahan lain...contohnya tembikai,tapi kalau guna buah tembikai,ta payah letak air pun tak apa...

senang cerita,ikut suka kita sebab buat air ni tak susah macam buat kek or kuih...jangan risau air tak menjadi ke apa...hehehe....ok tu je...bye! =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...