Tuesday, June 14, 2011

makna dalam lagu...

hi korang!!!
entry ni just nak share dengan korang tentang tajuk kat atas tu lah...hehehe....ramai orang suka dengar lagu kan...tapi macam mana korang dengar lagu tu mesti berbeza-beza...maksud i sama ada korang just dengar dan tak fikir apa-apa atau korang dengar muzik saja atau mungkin menghayati lirik lagu tu juga...macam i kan,i selalu combine both...muzik dan lirik...i suka dengar lagu-lagu M.Nasir,Zainal Abidin,Sheila Majid dan Search...nampak i macam orang tua-tua kan...tapi i ada sebab...lagu-lagu diorang tu mempunyai maksud yang sangat mendalam dan membuatkan i berfikir...dan yang paling penting lagu-lagu diorang tak tertumpu pada cinta saja...okay,kali ini i nak describe lagu M.Nasir,"tanya sama itu hud hud"...kalau korang jenis tak ada perasaan mesti korang akan cakap,apalah lagu ni merepek kan...tapi yang membuat i macam terpukau sekejap adalah makna di sebalik lagu tu...


M.Nasir
tanya sama itu hud dud

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

_____________________________________
rangkap ini dicipta berdasarkan satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. : "Bangsa Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan, kaum Nasrani telah terpecah menjadi 72 golongan, dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka, kecuali satu". Kemudian para sahabat pun bertanya: "Siapa mereka ya Rasulullah?".
Rasullah menjawab: "Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku".

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

_____________________________________
rangkap ini pula berkaitan dengan sebuah syair parsi Mantiq Al-Tayr (musyawarah burung) yang mengisahkan pengalaman yang dilalui oleh Fariruddin Attar dalam mencari makna hidup.pengalaman itu ditafsirkan sebagai cerita sekawan burung...cerita itu mengisahkan perjalanan sekawan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf. Sebelum menempuh perjalanan, berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu iaitu mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud harus melalui tujuh lembah. Namun yang berhasil bertemu dengan sang raja hanyalah 30 ekor saja. Tujuh lembah yang dikisahkan dalam cerita itu melambangkan tingkatan-tingkatan keruhanian yang telah dilalui Attar selama berkelana mencari hakikat hidup.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

___________________________________
Algojo merupakan tukang pancung kepala

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

______________________________________
Fariduddin Attar dipenjara oleh tentara Mongol lalu seseorang datang dan cuba menebusnya dengan ribuan batang perak. Namun, Fariduddin Attar menyarankan agar tentera Mongol tak melepaskannya. Tentara Mongol mengira penolakan itu dilakukan agar tebusan yang diberikan lebih besar. Setelah itu datang lagi orang lain yang membawa sekarung jerami untuk menebus Fariduddin Attar. Kali ini Fariduddin Attar meminta agar tentera Mongol melepaskannya. Tentara Mongol pun marah besar dan lalu memotong kepala Fariduddin Attar.
Inilah dimaksudkan dalam kalut ada peraturan,peraturan mencipta kekalutan...

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

____________________________________
lai bermaksud mari dalam bahasa cina...lirik untuk rangkap ini mengajak kita untuk belajar dan mengetahui ilmu dan ajaran yang sebenarnya iaitu Islam...

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari

____________________________________
lang mensilang bermaksud orang tak macam orang
kui mensikui pula bermaksud hantu tak macam hantu...

so,korang boleh bayangkan tak macam mana pencipta lagu ni membuat kajian untuk menghasilkan lagu ni...serius,i sangat kagum...kalau tak silap arwah Loloq yang menulis lirik ni....liriknya sangat ringkas dan mendalam...sebab itulah i suka sangat dengar lagu-lagu M.Nasir ni...dan lagu ini boleh ditafsirkan dari perspektif berbeza contohnya perjalanan menuntut ilmu Allah,panduan umat Islam iaitu al-Quran,kisah nabi,dajjal dan macam-macam lagi tafsiran orang...korang boleh nampak tak lagu yang biasa genrenya tapi sangat berkait rapat dengan Islam,bersifat keagamaan...

di sini kita dapat menilai betapa tingginya nilai lagu ini...mungkin lepas ini i akan cuba mendalami dan buat entry mengenai lagu-lagu lain pula...contohnya "di balik cermin mimpi","kias fansuri","apokalips" ataupun lagu artis-artis lain...
insyallah.....

9 comments:

  1. wah, detail dan best penerangannya penerangan. pencipta mcm arwah loloq mmg serius dlm buat lagu sbb tu lah law kite tgok ramai org yg kenal ngan beliau kata beliau tiada pggantinya.. =)

    Gee ade tulis "Inspired Song"

    ReplyDelete
  2. kan...sangat setuju...bayangkan lirik ringkas...makna sangat mendalam...

    ReplyDelete
  3. Berdakwah dlm lagu,.~
    Asalkan jalannya sampai pd yg Satu,.

    ReplyDelete
  4. betul2! janji maknanya berkaitan dengan Islam n Allah...lagu tu jadi "halal"...

    ReplyDelete
  5. Info terbaik terima kasih....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...semoga kita menyuluh terang terus ke jalan-Nya..InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...semoga kita semua terus menyuluh terang ke jalan-Nya..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  8. lai lai lai lai 2 kalimah syahadat aku bersaksi tiada tuhan disembah kecuali Allah...

    ReplyDelete
  9. Belum habis dalam lagi. Ada lagi maksud di sebalik terjemahan ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...