Thursday, May 19, 2011

tips untuk disukai ramai

tips ini bukan untuk korang je...tapi untuk diri sendiri juga...bukan apa,kan best kalau ramai orang senang dengan kita...kita tak boleh buat semua orang suka kita sebab hati manusia kan lain-lain...apa yang kita boleh buat adalah cuba sedaya upaya untuk membuatkan kita disenangi ramai...macam i sendiri,kalau orang tak kenal mesti cakap i sombong tapi bila dah kenal macam terlebih cakap pula...hehehe...muka sombong tu memang semulajadi,tak boleh buat apa-apa lah...i rasa yang ini ikut ayah i...muka berlagak je, tapi hati baik...hehehe...(perasan)
ok lah,kat bawah ini antara tips yang i boleh share dengan korang...jom baca!

1. senyum

senyum,tak perlu kata apa-apa...haa,da betul lah tu apa yang najwa dan malique nyanyi tu...lagu tu sangat berguna kalau kita praktikkan...walaupun i tahu ramai yang tak suka tapi cuba hayati lirik lagu tu...senyum je,tak rugi pun...orang tengok kita senyum,orang pun happy...korang pernah tak hadapi situasi macam ini,korang jalan-jalan lepas tu terserempak dengan siapa2,then korang buat andaian sendiri,kutuk or puji tapi mesti ada kan...tiba-tiba orang tu senyum kat korang,terus korang tukar pendapat,"baik dia ni,muka cantik,baik pula tu..." tak pun,"ingatkan sombong,rupanya baik..."ada tak???kalau korang tak pernah pun,i pernah...hu3...so,nak orang suka kita kenalah senyum selalu,kan manis...if tak tahu lagu senyum tu??? tengok video ni...

video

2. jadi diri sendiri

tak payah hipokrit,tipu sana sini untuk dapat perhatian...siapa anda,dari keluarga mana,setinggi mana pelajaran anda,sebanyak mana harta korang ada,just be yourself...kalau orang tu ikhlas,dia tidak akan pertikaikan pun...di situ kita boleh nilai hati budi seseorang tu...lagipun, kalau korang tipu nanti kantoi dah susah...






3. jangan berlagak tahu semua benda

yang ini pun penting...walaupun korang memang expert tapi bila berbual dengan orang lain, kenalah ada sifat rendah diri...banyakkan mendengar daripada bercakap...bila orang tu tengah excited bercerita,janganlah potong...dengar dan bagi pendapat korang pula...barulah berlaku two way communication yang bagus.



4. topik yang sesuai

kalau berbual dengan rakan sebaya,korang boleh cerita pasal trend,fashion,future,study...tapi kalau dengan orang yang lebih dewasa,kenalah sesuai dengan usia orang tu...barulah dia rasa seronok dan selesa...sama juga kalau kita berbual dengan orang berkerjaya professional, petani kampung, lepasan sekolah dan banyak lagi lah...topik mesti sesuai dengan latar belakang orang tu...contohnye jangan cerita mengenai ipad, iphone dan segala gadget dengan pakcik pemandu lori...mestilah dia kurang tahu, secara tidak langsung dia akan avoid untuk berbual dengan korang...



5. rajin/ringan tulang

selalu offer diri untuk memberi bantuan kepada orang lain,tapi janganlah terlalu harap balasan...tolong biar ikhlas sebab kalau kita ikhlas orang akan kenang dan kalau bukan orang yang kita tolong tu yang tolong kita balik...mesti orang lain akan tolong kita juga...percayalah...jangan tolong orang sebab nak dapat pujian atau nak kan balasan dan upah...



inilah sedikit tips yang boleh dikongsikan...harap boleh membantu korang dan juga diri i sendiri...semoga kita semua disukai ramai! hehehe....
p.e.a.c.e.

4 comments:

  1. semua sikap ni saya ada. HAHA perasan gila tak? :P

    ReplyDelete
  2. tak adalah,baguslah kalau ada....
    kalau selalu praktikkan,mesti lagi ramai orang suka kan... =)

    ReplyDelete
  3. mizzapple,its simple and practical...try lah =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...