Tuesday, May 24, 2011

nora elena

hai korang!
just nak review sikit drama nora elena dalam slot akasia di tv3...drama ni on air from 0700 pm - 0800 pm...i tiba-tiba je macam excited follow drama ni since 1st episode...sebab??? maybe sebab i baru dapat peluang tengok tv sejak balik dari UiTM seri iskandar hari tu...kat sane mana dapat nak tengok-tengok tv ni...dan kebetulan drama ni baru start, so senang sikit nak tahu plot dari awal...cerita ni adaptasi dari novel 'kasih yang suci' karya Meen Zulaikha...



pelakon-pelakon dia semua hot ok...ada siti saleha,aaron aziz,zul ariffin,ery putera,wan sharmila dan ramai lagi...




ok, ini dia sinopsis cerita nora elena...

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi.

Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth.

Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hati Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?

tak sabar nak tahu kesudahan cerita ini...jom layan...if korang da terlepas episod-episod terdahulu,tengok je kat tonton...macam i selalu buat...huhuhu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...